Tentang Diri

Za'im Yusoff atau nama sebenarnya Muhammad Za'im bin Mohamad Yusoff merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan dan Perniagaan (MBA) dari Universiti Utara Malaysia (Kelas Pertama) dan Ijazah Jurusan Perdagangan dan Ekonomi (Kelas Kedua Atas) daripada University of Melbourne, Australia. Beliau yang berasal dari Cherok To’kun Atas, Bukit Mertajam pernah mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Juara di samping pendidikan menengah di The Malay College Kuala Kangsar (MCKK). 

Dalam kesusasteraan tanah air, beliau terlibat aktif dalam aktiviti sastera Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) sejak 2013 selain salah seorang ahli Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (MPFKL). Setakat ini, sebanyak lebih daripada 50 buah puisi moden dan tradisional di samping pelbagai artikel termasuk kritikan filem nukilan beliau telah disiarkan dalam Mingguan Malaysia, Utusan S2, BH Ahad, Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Solusi, Tunas Cipta, SelangorKini, Kakisinema.com, Harakah dan Malaysian Insider. Selain itu, beliau turut berjaya menerbitkan tiga buah kumpulan puisi berjudul I Lap U (Kaukab, 2014), Dari Hujung Peradaban Edan (Kata-Pilar, 2015) dan Bahasa Tuhan Sudah Mati (ITBM, 2015) di samping terbabit dalam enam buah antologi puisi. Pernah memenangi Hadiah Utama Kategori Puisi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-PNB-MCMC 2015 bagi puisi "Setugu Peringatan Melbourne". Terpilih untuk mewakili Malaysia dalam Program Penulisan MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara) 2019 bagi genre esei di bawah kelolaan Dewan Bahasa & Pustaka.

1 comment:

Sebarkan Manfaatnya! :)