Tentang Diri

Za'im Yusoff atau nama sebenarnya Muhammad Za'im bin Mohamad Yusoff merupakan lulusan ijazah jurusan Perdagangan dan Ekonomi daripada University of Melbourne, Australia. Beliau yang berasal dari Cherok To’kun Atas, Bukit Mertajam pernah mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Juara di samping pendidikan menengah di The Malay College Kuala Kangsar (MCKK). 

Dalam kesusasteraan tanah air, beliau terlibat aktif dalam aktiviti sastera Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) sejak 2013. Setakat ini, sebanyak 38 buah puisi moden dan tradisional di samping pelbagai artikel termasuk kritikan filem nukilan beliau telah disiarkan dalam Mingguan Malaysia, BH Ahad, Dewan Sastera, Tunas Cipta, SelangorKini, Harakah dan Malaysian Insider. Selain itu, beliau turut berjaya menerbitkan tiga buah kumpulan puisi berjudul I Lap U (Kaukab, 2014), Dari Hujung Peradaban Edan (Kata-Pilar, 2015) dan Bahasa Tuhan Sudah Mati (ITBM, 2015) di samping terbabit dalam lima buah antologi puisi. Alhamdulillah, pernah memenangi Hadiah Utama Kategori Puisi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-PNB-MCMC 2015 bagi puisi "Setugu Peringatan Melbourne".

Beliau kini berkhidmat di sebuah syarikat berkaitan kerajaan di samping melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Pengurusan dan Perniagaan di Universiti Utara Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Sebarkan Manfaatnya! :)