Saturday, December 3, 2011

Tuan-Tuan! Jaga-Jaga!


Ramai orang menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin tidak bermoral.

Tuan-tuan,

Jaga-jagalah dengan tuduhan rambang sebegini.

Mengapa?

Takut-takutnya tuan-tuan jadi orang fasiq kalau tak kena caranya. 

Orang-orang fasiq tak boleh jadi saksi dalam penyaksian hukum-hukum feqah. Kalau jadi saksi juga, penyaksian itu tidak sah! 


Contoh, tuan-tuan yang fasiq bila diangkat jadi wali nikah, saksi nikah - nikah itu menurut feqah tidak sah kerana tuan-tuan tidak layak menjadi saksi kerana tuan-tuan orang-orang fasiq. Bila nikah tidak sah, maka perkahwinan itu sebenarnya tidak ada sebetulnya menurut feqah. 


Maka, apabila pernikahan terbatal bermakna pergaulan antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan itu adalah haram kerana perkahwinan mereka tidak sah dek saksi tidak sah. Maka, kalau tidak nikah semula dengan saksi yang bebas dari kefasiqan dan ditakdirkan dapat anak hasil pergaulan berkenaan, maka anak itu anak hasil luar nikah kerana nikah tidak berlaku pun hakikatnya dek kerana saksi fasiq. Maka, anak itu, tidakkah anak hasil penzinaan? Habis rosak zuriat berketurunan hanya kerana tuan-tuan fasiq! Mungkin sebab ini, meskipun generasi anak-anak itu "halal" tetapi berperangai "pelik-pelik jelik-jelik"! Umur 10 tahun dah pandai merogol budak 8 tahun! Gila! Nauzubillah!

Soalnya, kenapa tuan-tuan jadi fasiq sebab tuduh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin tidak bermoral? Sebenarnya, tuan-tuan takkan jadi fasiq sampai kesannya berganda-ganda macam sahaya cerita dalam perenggan di atas kalau tuan-tuan orang-orang yang benar ikut syariat. Kenapa tuan-tuan kata Dato Seri pemimpin tidak bermoral? Sebab dia berzina? Sebab dia liwat? Sebab itu?

Tuan-tuan yang mulia,

Ingatlah, bila tuan-tuan tuduh seseorang berzina, bila tuan-tuan tuduh seseorang liwat, tuan-tuan wajib datangkan 4 saksi. Kalau tuan-tuan gagal datangkan 4 saksi, tuan-tuan wajib kena 80 rotan. Tuan-tuan akan dikenakan hukuman qazaf. Tuan-tuan dikira sebagai fasiq sampailah tuan-tuan bertaubat. Kata ulama', lepas 40 hari bertaubat, baru hilang tanda kefasiqan pada tuan-tuan. 

Maka, kalau tuan-tuan tuduh Dato Seri Anwar Ibrahim sedikit masa sebelum pernikahan anak-anak tuan-tuan, baiklah tangguh pernikahan itu. Jalani qazaf, bertaubat. Tundalah perkahwinan anak-anak tuan-tuan itu lebih 40 hari ke hadapan. Baru buat balik kenduri.

Alamak, susah bebenor yop!

Dah tu! Jangan dok main tuduh orang buat zina, buat liwat, kalau kita sendiri tak ada 4 saksi! 

Kes ini bukan hanya untuk batang tubuh Dato Seri Anwar Ibrahim sahaja, tetapi juga kalau tuan-tuan dikena tuduh oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, Dato Seri Anwar Ibrahim wajib datangkan 4 saksi. Kalau tak, pukullah 80 rotan pada Dato Seri. Dia fasiq selagi tak bertaubat. 

Hukum ini turut terpakai kalau sesiapa menuduh Dato Seri Najib atau Datin Seri Rosmah atau sesiapa sahaja yang dituduh berzina dan berliwat!

Tuan-tuan, kenapa orang fasiq sampai gugur jadi saksi? Sebabnya ini : 

[An-Nur : 4]
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; -

Jaga-jaga tuan-tuan yang duduk tuduh orang lain berzina berliwat tapi tak mampu bawa 4 saksi, anda boleh jadi fasiq, tak boleh jadi saksi di sisi agama, di sisi Allah swt. 


Kalau Allah swt pun tidak mempercayai tuan-tuan, maka, apa lagi hujah, apa lagi sebab kami perlu percaya pada tuan-tuan? Perlukah kami percaya tuan-tuan jadi pemimpin kami? Perlukah kami undi tuan-tuan?

Sudah pasti - TIDAK!

Bertaubatlah!

Hentikan "kelakaran" ini! Belajarlah agama!

Kalau tak pasti, DIAM! :) Semudah empat huruf itu!

Habis tu, apakah pendirian kita sepatutnya dalam kes ini, Tuan?



Kita itu mengikut Islam apabila kita melaksanakan hudud [sebatan atau rejaman] bagi mereka yang berzina atau berliwat setelah terbukti hadir 4 orang saksi dan cukup segala bukti sahih.


Kita itu mengikut Islam apabila kita melaksanakan hudud 80 rotan ke atas penuduh andai dia gagal membawa 4 saksi untuk kes zina dan liwat.


Dan kita itu mengikut Islam apabila membela orang yang dituduh selagi mana tidak terbukti dia bersalah, selagi tidak didatangkan 4 orang saksi.

Kalau dia benar-benar berzina dan berliwat sekalipun terlepas hudud dek tiada 4 orang saksi?


Jangan risau, Allah swt bukan setakat adil menjadi saksi, malah Dia tidak akan zalim untuk memutuskan hukuman kepada mereka yang enggan bertaubat!

As simple as that!


Tugas kita untuk DIAM. Hanya boleh bising, kalau sah ada 4 orang saksi!


#Apa yang diajar malam 2 Disember di Masjid Batu oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Mutallib Maarof ketika menghuraikan Tafsir Muka Surat Pertama Surah An-Nur, Ayat 1 hingga Ayat 10 :)

[1]
Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya). 
[2]
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. 
[3]
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. 
[4]
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; - 
[5]
Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
[6]
Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; - 
[7]
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. 
[8]
Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; - 
[9]
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar. 
[10]
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi).

Wallahu'alam bissowab.

No comments:

Post a Comment

Sebarkan Manfaatnya! :)