Monday, December 16, 2013

Dikau Kenangan

Gambar Hiasan semata

Cinta,

Dikau kenangan di balik angan-angan
Dikau bukan pengalaman yang menghantui - tapi
kenangan yang meremangkan sanubari!

Ranah ini gersang, kau airkan dengan tenang
Untaian rasa kau hamparkan atasnya 
Menjadilah oasis memajeliskan jiwa.

Cinta,

Aku menjauh kerana mendekatimu itu jenuh
Aku rapuh sebelum punya jawapan nan sungguh -
tak terberikan. Biarlah ia pergi dari dunia ini
Dan abadi di syurga nanti.

Cinta,

Aku tetap mencintai -
selagi Dikau dicipta Illahi!

:')

Mengosek-ngosek kenangan saat Kenangan Terindah - Samson kedengaran.

4 comments:

  1. Aku takut untuk bicara terus
    Bimbang terusik hatimu yang tulus
    Mulut terkunci hati membungkam
    Hilang, senyap dan akhirnya diam

    ",).. maaf menyibuk pula.. hmmm nice cinta.. oasis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, terima kasih :)

      Mungkin boleh teliti yang ini - sebenarnya sudah ada lagunya - pandai-pandailah cari di SoundCloud saya haha

      http://www.zaimterbang.blogspot.com/2013/07/cinta-dalam-diam.html

      Delete
  2. sama2 ",).. owh ye ker.. belum menjelajah sejauh lautan buana dan bumatara kot.. hihi.. apapun nice blog. saya suka bab pantun2 yang tersirat maknanya. nak mengaku saya baru tahu rusa berbelang kaki tu belalang rupanya.. malunya. Kredit untuk awak yea.. jazakallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa terlampau singkat untuk belajar semua
      Tetapi teramat cukup untuk berkongsi apa yang kita punya!

      Waiyyak! Mohon doa kita semua berjaya dunia akhirat.

      Jazakumullahukhairankasira kerna sudi ke sini.

      Jemputlah lagi :)

      Delete

Sebarkan Manfaatnya! :)