Artikel Wacana

Showing posts with label Al-Mufradaat Al-Mukhtaarah. Show all posts
Showing posts with label Al-Mufradaat Al-Mukhtaarah. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Maksud Hafizahullah etc?

Secara ringkas, maksud

حَفِظَهُ اللهُ تعالى 

atau sering dieja orang dengan Hafizahullahu ta'ala ialah : 

[Semoga] Allah SWT senantiasa menjaganya 

Ia sama seperti 

رَضِيَ اللهُ عَنْهُ  

Rodhiya Allahu 'anhu yang bermaksud : 

[Semoga] Allah SWT senantiasa meredhai akannya

Atau boleh juga dibaca dengan maksud Allah SWT telah meredhainya sebagaimana para sahabat ajma'in yang telah diredhai Allah SWT atau para 'alim ulama' yang sudah maklum martabat dan sumbangan mereka yang zaman-berzaman senantiasa bermanfaat buat ummat.

Manakala, maksud

 رَحِمَهُ اللهُ  

 atau sering dieja orang dengan Rahimahullah bermaksud : 

[Semoga] Allah SWT senantiasa merahmatinya 

Telah berkata al-Fadhil al-Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Hafizahullahu ta'ala dalam sebuah statusnya :


Begitulah ulama' mengajar kita akan adab untuk senantiasa berdoa kepada mereka yang telah mendidik kita. Dari doa yang terkandung dalam selawat buat al-Habib ar-Rasul صلى الله عليه وآله وسلام sehinggalah para sahabat ajma'in dengan doa 'Rodhiya Allahu ajma'in' kemudian para imam dan ulama' muktabar dengan doa 'Rahimahullah' sehinggalah ulama yang masih hidup dengan doa 'Hafizahullah' :)

Sungguh - darjat doa ini jauh mengatasi anugerah Datuk, Tun mahupun Tan Sri - sebaliknya anugerah doa adalah gelaran berbentuk amalan yang membawanya terus ke hadrat Illahi :)


سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم :)

اللهم إن نسألك حب من يحبك! :)

Tuesday, May 8, 2012

Apa maksud Allahu Al-Musta'an?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ada juga rakan-rakan yang bertanya, apa maksud Allahu Al-Musta'an

الله المستعان

Kalimah ini diambil daripada ayat al-Qur'an al-Karim daripada Surah Yusuf ayat ke 18 :


«قال بل سولت لكم أنفسكم أمرا فصبر جميل و الله المستعان على ما تصفون»

"...Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu"

Kalimah ini juga didapati daripada ayat al-Qur'an al-Karim daripada Surah al-Anbiya' ayat 112 :

وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ

Yang bermaksud, "...Dan Tuhan kami itu Yang Maha Pengasih, Yang menjadi tempat/entiti memohon pertolongan terhadap segala apa yang kamu sifatkan"



Maka,
Allahu Al-Musta'an :

Allah itu Tuhan Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya

Sebagaimana petikan Syair Ilmu Nahu Matan Ibnu Aajarumiyyah oleh Imam An-Syanqiti :

والله أستعين في كل عمل
إليه قصـدي وعليه المتكل

Dan kepada Allah swt aku pohon bantu dalam tiap amal,
KepadaNya tujuanku dan ke atasnya aku bertawakkal!


Tambahan syarah [penjelasan] daripada rakan saya, al-Fadhil Akhuna Yahya Abdul Shukor al-Hafiz :
Jadi Al-Musta'an bermaksud, entiti yang dipohon pertolongan. Sebab, kalau kita sedar, bila kita sudah di tahap paling susah, tiada tempat/entiti yang dapat kita minta bantuan, melainkan Allah sahaja, kerana itulah Allah itu Al-Musta'an.
Dalam kata lain, bila sebut Allahul Musta'an, kamu perlu minta bantuan Allah! :)
Kalau tak nak pergi jauh sampai Anbiya' cukup pergi ke Surah Fatihah, Iyyaaka na'budu wa iyyaka na'staiin. Hanya kepada Engkau kami menghambakan diri, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.
Wallahu ta'ala 'alam

سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم

سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين وسلم

الجِدَةُ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

الجِدَةُ : 

Kekayaan


إنَّ الشبابَ والفِراغَ والجِدَة

مفسدةٌ لِلمَرْءِ اَيُّ مفسدة

Sesungguhnya masa muda, waktu senggang dan kekayaan; sangat membahayakan orang.

سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم

سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Sebarkan Manfaatnya! :)