Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Perkataan ini asalnya daripada perkataan
ساد - يسود- سيادة / سؤدد
yang memberi maksud, "menjadinya seseorang itu ketua".
Daripada perkataan ini lahirlah perkataan
سَيِّدٌ [SAYYID]
yang mana jamaknya ialah :
اَسْيَاد / سَادَة / سَادَات
yang memberi makna Ketua, Tuan.
Dalam Kamus Hens-Wehr, terus diletakkan di situ, "Title of al-Habib solla Allahu 'alaihi wa aalihi wassalam's descendants :)
Adapun سيدي ia adalah panggilan kehormat kepada wali Allah [Hens-Wehr : Honorific before the names of Muslim Saints terutamanya di Maghribi]
Maka - lebih tepat adalah Sayyidina meskipun ada juga manusia mengeja dengan Saidina. Pendapat saya, apa sahaja tulisan, biar kita membacanya dengan betul kerana kita telah mengetahui cara membaca lafaz ini dengan tepat. Alhamdulillah :)
Namun, mengelakkan penggunaan Saidina adalah lebih baik kerana di sana dalam dunia Nusantara kita, Saidina itu merujuk kepada sebuah permainan. :)
Wallahu ta'ala 'alam
سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم
سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
No comments:
Post a Comment