Tuesday, May 8, 2012

Ada Formula Untuk Wazan Fa'ala?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Seseorang telah bertanya kepada kami :
Salam...mohon moga ada sesiapa yg boleh membantu saya. Saya nak tanya apa makna kalimah-kalimah ini?
-fa i' la
-fa u' la
-yaf u' lu
-yaf i' lu
Ok. InsyaAllah, saya cuba membantu.

Saya pecahkan pembahagian saudari kepada dua jenis kata kerja, kata kerja aktif [contoh : memasak] dan kata kerja pasif [contoh : dimasak].

Semua contoh yang dinyatakan iaitu فَعُلَ فَعِلَ يَفْعُلُ يَفْعِلُ adalah contoh kata kerja aktif sebaliknya فُعِلَ [yang ini saudari tak senaraikan, tapi insyaAllah confirm akan berjumpa] adalah jenis kata pasif.

Apabila berbicara tentang ilmu at-tasrif, kita akan bertemu dengan wazan yang paling asas iaitu فَعَلَ yang bersifat fi'il madhi [past tense atau perfect tense dalam istilah Bahasa Inggeris]. 

1. Bagi wazan فَعَلَ, untuk menukarkannya kepada wazan bagi fi'il mudhari' [present tense atau imperfect tense dalam istilah Bahasa Inggeris], ia mempunyai TIGA kemungkinan iaitu يَفْعَلُ يَفْعِلُ يَفْعُلُ. Bagaimana nak tahu, ia salah satu daripada tiga ini adalah dengan merujuk kepada kamus. Dalam erti kata lain, kena hafal :)

Wazan فَعَلَ juga boleh muncul dengan dua bentuk yang lain iaitu فَعِلَ فَعُلَ yang masih bersifat fi'il madhi.

2. Peraturannya ialah jika fi'il madhi-nya bersifat فَعِلَ, untuk menukarkannya kepada wazan bagi fi'il mudhari', ia mempunyai DUA kemungkinan sahaja iaitu يَفْعَلُ يَفْعِلُ. Again - bagaimana nak tahu, ia salah satu daripada dua ini adalah dengan merujuk kepada kamus. Dalam erti kata lain, kena hafal :)

3. Sebaliknya, jika fi'il madhi-nya bersifat فَعُلَ, untuk menukarkannya kepada wazan bagi fi'il mudhari', ia mempunyai SATU kemungkinan sahaja iaitu يَفْعُلُ sahaja. Ini tak payah hafal, sebut sahaja بَرُدَ confirm fi'il mudharinya ialah يَبْرُدُ.

Begitulah guru-guru kami mengajarkan akan kami. Moga Allah Jalla wa Alaa memberikan hidayah dan rahmat kepada mereka semua.

Lau la murabbi,
Ma 'aritu rabbi!

:)

Syarah ini telah ditambah oleh al-Fadhil al-Ustaz Abdullah Haris Hafizahullah :
Bab wazan thulathiy (3 huruf) tu mudah sangat je, takde kaedah pon dan tak perlu belajar secara mendalam pon, cuma sekadar tahu gitu je dah cukup, sebab ia bergantung kepada serapat mana kita bersahabat dengan kamus... :)

Setelah para ulama' kaji dan teliti pasal verb thulathiy, mereka meletakkan cara² nak kenal verb apa yang guna wazan² thulathiy tu. ia bukan bersifat kaedah, tapi bersifat aghlabiyyah (kebanyakan). antaranya apa yang disebut kat atas [fariha, hasiba, rodhiya dll].

Berbeza dengan bukan thulathiy', ia ada kaedah/wazan khusus yang memudahkan kita ingat dan tak perlu berkawan rapat sangat dengan kamus... :)

Wallahu'alam 

سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم

سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

No comments:

Post a Comment

Sebarkan Manfaatnya! :)