Jika ditanyakan aku apa itu Cinta,
Aku akan meneliti tiap-tiap aksara,
Apa itu See, Eye dan End-nya,
Juga Tea serta juga bunyi -a.
Adapun See itu ialah Cerminan,
Saat yang kau cinta itu tampak dirimu,
Kerana tiadalah engkau tegar bercintakan,
Melainkan asalnya dicintai dirimu dulu!
Adapun Eye padanya Ithar,
Engkau dahulukan_ya dalam segala hal,
Kerna tidak mahu kau sakiti_ya benar,
Mahu mengembirakan dengan segala perihal!
Adapun End itu tak bermakna berakhir,
Tetapi ia-nya bermakna Noktah,
Semua dikesamping saat_ya hadir,
Hanya pada_ya engkau berserah!
Adapun Tea itu ialah Terbayang,
Di segenap bayang di setiap ruang,
Wajah dan hakikat_ya engkau menggambar,
Hingga jantung berhenti dan rasa pun bergetar!
Adapun A itu padanya Abadi,
Engkau mahu bersama_ya secara kekal,
Dan tiadalah mustahil ia-nya terjadi,
Kerana di syurgalah cintamu itu tertebar!
Begitulah makna CINTA pada diriku,
Yang semestinya itu aku alami,
Dahulu, kini dan masa tak tahu,
Mahu bersama dengan dicintai.
-Perjalanan Pulang dari Masjid Zohor Ahad 16 Rejab 1434H
:)
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
No comments:
Post a Comment