Thursday, August 15, 2013

Keputusan (-kah?)



"Mengapa masih menulis tentangnya meski engkau telah ditinggalkannya?"

"Kerana aku pernah memberitahunya macam mana yang kau pernah beritahu aku?"

"Beritahu apa?"

"Bahawa tiada tulisan akan didedahkan kepada yang istimewa melainkan hanya padanya didedahkan."

"Makanya?"

"Saat aku mendedahkan pada yang lain, maka itulah satu pemberitahuan bahawa tiada lagi dia itu istimewa."

"Wah! Kau buat aku teringat tentang plot drastasi Sang Gusti dalam Puteri Gunung Ledang!"

"Yang mana satu?"

"Tidakkah Tuanku tahu bahawa segala permintaan patik (yang pelik-pelik) adalah suatu penolakan!"

"Wow! Jadi, kau cuba beritahu aku bahawa telah aku mengikuti sunnah Sang Gusti?"

"Haha! Tinggal lagi pergilah engkau menyatu dengan alam, mengasing diri diam-diam di atas puncak Ledang!"

"Ya, aku sedang dan akan terus akan. Bersama kenang-kenang semalam yang penuh cinta dan sayang!"

"Sesekali, jenguklah aku di sini!"

"Entah-entah aku bertapa dekat sini ja, Kir!"

"Kau dah lewat. Merempit kembali ke pejabat, cepat! Selamat Hari Raya!"

"Maaf Zahir Batin, juga!"

":)"

"(:"

#Remang Tengahari 15 Agustus 2013
#Lorong-lorong tempat kami berpencak pesta di Pasar Seni

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

No comments:

Post a Comment

Sebarkan Manfaatnya! :)