DIARI SEORANG STALKER
Isnin, 8.03 pagi
LRT Setiawangsa - Ampang Park
Kulihat kamu ditag foto rakan
Sungguh kau indah buatku tidak keruan
Kumencarimu di sekitar pojok laman
Ha, jumpa pun dikau! Kutambah sebagai kawan.
Isnin, 8.35 pagi hingga Jumaat
Meja Pejabat di PNB Darby Park
Tegarku jadi pemerhati dalam diam
Perhati dikau duhainya si bintang malam
Sedang si bintang langsung tak perasan aku
Yang sedang senyum seorang perhatikanmu.
Sabtu, 11.13 pagi
Kondo XYXY, Setiawangsa
Mengapa tak muncul notifikasi lagi
Aku mencari kamu sejak dari pagi
Namamu kautukar, akaunmu dikau kunci
Oh, tidak - Cinta! Mengapa tega dikau pergi.
Sabtu, 11.23 pagi
Kondo XYXY, Setiawangsa
Ternampak aku sebuah gambar menarik
Dikau yang ini, syukur akaunnya dipublik!
:)
pagikantoikanseorangstalker
aQIlzahra140414
pagikantoikanseorangstalker
aQIlzahra140414
oh oh oh, nak sama. haha.
ReplyDeletenak kena stalk ke nak men-stalk as you always do? eh? =D tuduhan rambang sangat haha
Delete