Thursday, April 10, 2014

ULASAN APOKALIPS X (2014) - APO EKAU BUEK NI, JANG?

NGOMELAN NGOBROL

Kalau aku benci sesuatu karya, aku tak tulis. Maka kalau dalam tulisan aku kutuk, itu bermakna aku sayang. Macam ayah yang merotan anak jantannya kerana tidak mengaji. Macam ibu yang memaki anak daranya kerana lambat bangun pagi. Dan semua anak sampai satu masa akan rindu makian ayah, leteran mak bila mereka diam tak kembali. Masa itu baru kita tahu bahang ketidakpedulian bila yang terdengar hanyalah diam.


Hari itu, aku bertemu dengan SN Anwar Ridhwan. Aku bentangkan tafsiran aku tentang Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman. Beliau tersenyum dan mengatakan –

“Selepas saya tulis, maknanya terserah pada anda; pembaca. 
Saya tidak berhak komen lagi. Terpulanglah”

Hari itu, seorang editor beritahu aku. SN Shahnon Ahmad pujinya,

"Saya suka bila saudara kritik saya. 
Itu bermakna saudara benar-benar membaca".

Mungkin kerana pengamalan etika dan kefahaman sebegini hebat menyebabkan mereka diangkat, ke martabat SN - Sasterawan Negara. Bukan dengan mengangkat diri sendiri atau pendeknya, syok sendiri. Dan alangkah indah semua karyawan dalam apa jua bidang seni punya kewibawaan ini. Alangkah indah ah ah.

Justeru, mesejnya mudah. Aku menulis ini kerana peduli. Dan aku harap kepada yang berkenaan, terbuka. Kepada sesiapa yang bising. Adabnya, dengarlah. Terima, tak terima – itu hak anda, kerana akhirnya anda yang berkarya dan yang nak perbaiki pun, andalah juga. Kami? Macam pelanggan di restoran. Tetapi sayang, consumer is the king hanya dipraktikkan di restoran dan gedung membeli belah sahaja. Selain itu, nihil bernisan tiada bertanda.


GELITARAN JIWAKU

Mulanya, aku tak minat nak tengok. Tetapi lepas tahu, filem ini tak siap sejak 2-3 tahun lepas, tahun ini baru luncur, maka ok, aku tengok. Lepas tu, dimaklumkan ia filem genre baru. Ops, silap filem genre lama yang Malaysia baru nak buat. Sebab genre "post apocalyptic" ini sudah berada dalam sejarah peradaban moden sejak tahun 1939 menerusi Peace on Earth, filem animasi berdurasi 9 minit (zaman sedekad dua sebelum Malaya dijajah Jepun). Dengan itu, wow, aku nak tengok. Maka, merangkak ringkuklah aku selepas kerja pergi tengok ditemani rinaian hujan melambai-lambai atas sepeda. Gigih.

Namun ternyata, kegigihan sebenar ketika menahan gelitaran jiwa dan katukan otak.

Masuk-masuk gua gelap itu, terpacul Farid Kamil naik motor pancung dua kepala anjing. Ok. Macam Resident Evil (2002). Dan kemudian, masuk geng-geng lawan di zon bebas yang ops, macam terbabas je, macam terbabas je. Dan benarlah, ia terbabas sampai ke sudah. Argh, bergelitaran aku menanggung penceritaan yang -.

Apakah dunia yang kau sedang reka ini? Aku tidak mengerti! Makin aku tanya, makin aku tensi sebab banyak persoalan muncul. Exactly macam tontonfilem cakap. KLIK. Tidak aku ketemukan satu baris dalam ulasan Abg Fadz yang aku tidak mengangguk setuju melainkan semuanya sohih jiddan. Mutawatir lagi.

1. Macam mana dunia boleh bercerai-berai? Dan macam mana mereka "survive"?

2. Hujung filem beritahu X dan Y usai survival mereka, mereka masih kecil, umur 3-4 tahun kot - lantas siapa yang memberanakkan Adam dan generasinya?

3. Apa fungsi setiap puak? Dan kenapa mereka berpuak? Kalau dalam Divergent (2014), jelas dia sebut tentang kaum itu dipisahkan sebab perbezaan Personality Plus (benda ni awesome, cuba korang amik test dia, banyak company guna untuk kesan keperibadian kakitangan)

4. Kenapa Iqram marah dekat Adam sebab bercinta dengan Adik dia sampai nak bawak satu geng gaduh, bukan satu plot malah berulang kali plot sampai Iqram, ok, mati?

5. Apa signifikan budak bawak gitar yang bawak aura weirdo out of tune?

6. Apa motif watak Pekin Ibrahim yang aku ingat dia macam Devil Advocates, rupanya - lol kau mati katak camtue je! Haha.

7. Kenapa cakap banyak bahasa yang berterabur?

Dan banyak lagilah kot. Malas nak fikir. Haha.

Sebenarnya bagi aku masalah penceritaan ini boleh dirungkaikan antaranya dengan naratif suara. Letak la suara Farid Kamil ke, suara Adam ke, suara Pendeta tapi bukan Pyan Habib-lah kan. 


Selaklah dari Divergent (2014) yang terbaru sampai Lasykar Pelangi (2008)  (tak larat nak senarai banyak filem termasuk KL Gengster (2011), Her (2013), Lemony Sniket (2014); semuanya menggunakan naratif suara untuk menceritakan "dunia baru" yang dicipta. 

Ia berkesan walaupun tipikal sangat. Cuma syaratnya jangan berjela. Setiap pemilihan kata dan penyusunan ayat harus berbeza makna dan mesejnya. Di sinilah kalau nak bersajak dan berpujangga. Bukannya dalam dialog Sembilu dan Maria-Mariana Adam yang skema pada ayat, canggung pada lakonan yang macam kena paksa je, macam kena paksa je.

Selain itu, aku ada masalah dengan Lu dan Wa. Sejak zaman Faisal Hussein 80/90-an sampai la sekarang, Lu Wa Lu Wa. Takkanlah 30 dekad bahasa samseng tidak berubah. Ini sangat lulz. Dan kalau saudara nak Lu Wa Lu Wa - boleh tak konsisten, jangan kerap sangat kejap tukar sana sini. Sampai aku tak faham, mende ko cakap ni. Aku belajar Perancis dan Arab - tapi entahlah aku rasa nak gelak bila pelakon tak reti berlakon sebut dengan tidak betul (or tak diajar berlakon dengan betul).


Perjanjian? Boleh tak make it clear. Mende apa perjanjian itu. Tak perlu panjang. Puak Blu dalam Rio 2 (2014, yeay baru tengok semalam - 8.9/10 aku kasi) explain mudah saja tentang perjanjian dengan Puak Felipe. 

"Manusia mai tanah kita, paksa kita masuk hutan lagi dalam. Makanan kurang. Kawasan mengecil. Kita kena bina sempadan. Masing-masing jaga batasan masing-masing so that semua burung survive. Kita langgar, kita kena lawan main quidditch. Sapa menang, takluk wilayah semua." 

*Klip video 15 saat ada beberapa dalam instagram aku - zaimyusoff

Kan senang macam tu. Tapi dalam Apokalips ada X sebut? Ada Sri Gala ghoyak? Ada tapi macam tak ada sebab kau ulang dan ulang benda tak jelas maka meskipun ia hadir tapi tak nampak macam kehadiran gas yang hampagas. Lulz. Selain Rio 2, rujuklah Snowpiercer (2013) untuk belajar macam mana nak cerita pasai konflik dalam tatanan masyarakat yang kita sendiri buat dengan pergh - berkesan. 

Perkembangan cerita aduhai. Aku ada adik pompuan. Aku tak suka hang bercinta-cantun dengan adik aku sebab hang puak lain. So setiap kali, aku jumpa kau - aku angin. Yang kelakar, punyalah banyak kali adik aku berjaya jumpa kau belakang (eh depan la lulz) aku. Loser gila aku as abang. Dan cerita itu adalah hampir 30-40% daripada cerita. Aduhai, miskinnya idea. Punyalah banyak prop, modal ada tapi sayang, bila tak guna dan kembangkan - ia umpama cincin rantai yang saudara beli tapi tak pakai. Tapi kalau emas, boleh gak gadai, boleh dapat duit melebihi jualan tiket. Ops.

Falsafah. Ok. Kontrak sosial. UMNO lawan PAS (tapi puak bukan ke berlambak? Paling kelakar tetibe Silat Cekak). Tapi sayang, semua tak jelas. Walaupun ada. Tapi didaktik la, adoi. Preaching and preaching. Saudara marah adik saudara sebab pertikai kepuakan ini tapi saudara kata adik saudara tak faham perjanjian. Saudara, explain la wehhhhhhhhhh apa bondo perjanjian tu. Guna kitab ala-ala Fenanggal (2013) dan Sembunyi : Amukan Azazil (2013) ke, guna kata-kata bergerak yang bercerita bukan sekadar signboard PLUS macam dalam Star Wars (google sendiri tahun dia haha berderet) dan Turn Left, Turn Right (2003) dan The Secret Life of Walter Mitty (2013).

Akhir cerita, ok itu plot yang paling aku setuju (dan sebenarnya satu-satunya yang aku setuju lulz) tetapi sedikit berjela. Sebab dengar lagu ala-ala reincarnation sajorh. Itulah, kan bagus ada naratif suara macam –
Langit kelabu semalam
sudah berakhir
sinar baru masa depan
hari ini hadir
dalam genggaman kami
generasi baru.
Atau saudara petiklah mana-mana karya agung puisi sasterawan kita yang berderet 12 orang itu atau karya daripada yang beratus-ratus yang tercalon itu atau beribu-ribu penyair di daerah Malaya ini sebagaimana yang Rewan Ishak selalu buat.

Pendek cerita, masalah filem ini ialah penceritaan. Kalau gantilah aktor gred A+++++ Hollywood pun, semua akan terkubur tersungkur di pintu pawagam. Eh. 

PALSUKAH KEYAKINANKU?

Aku yakin karyawan filem kita banyak menonton filem (serta membuat kerja rumah sebelum mengarah?) dah kalau kerjanya membuat filem kan. Tetapi kalau keyakinanku dusta, buktikan ia benar. Dan kerana filem ini adalah gabungan seni catan (nama lain bagi lukisan), seni muzik, seni teater, seni busana dan paling mustahak sekali seni tulisan, skrip - menekuni pembacaan bahan bacaan semisal novel fiksyen dalam konteks genre sebegini adalah sunat muakkad kalau pun bukan, fardhu. Orang lain boleh tambah, setakat ingatan berbaki - aku cadangkan Bila Tuhan Berbicara tulisan Faisal Tehrani, sebuah karya pasca Apokalis yang aku suka puing-puingnya.


Tahniah atas genre baru. Setidak-tidaknya ada yang mencuba. Cuma, mengharapkan dunia sinema manusia tidak mengangkat selama-lamanya filem ini sebagai "post apocalyptic malaysian version", setidak-tidaknya untuk separuh dekad ini.

Terima kasih Apokalips.
Banyak beristighfar kerana asbabmu.

Rating - 4/10

*Maaf bahasa rojak. Mungkin sebab kepecahan otak. Hak hak.

No comments:

Post a Comment

Sebarkan Manfaatnya! :)