Tulisan ini tersiar di Malaysian Insider [KLIK]
Dicalonkan dalam sembilan anugerah festival antarabangsa termasuk berjaya menembusi Festival Filem Antarabangsa Lacarno, sebuah festival filem yang tertua selepas Cannes dan Venice, sudah cukup mengisyaratkan filem ini menjanjikan sesuatu.
Jujur, sesuatu itu wujud selepas pra-tonton semalam di GSC Pavillion.
Sesuatu bagi filem ini tidak lain tidak bukan pada bahasa satiranya.
FILEM SATIRA
Menghasilkan filem-filem satira sebaris dengan filem-filem satira antarabangsa semisal karya-karya Pier Paolo Pasolini lewat dekad 60-an dan 70-an, ternyata bukan kekuatan sinema Malaysia.
Paling kuat, satira Seniman Tan Sri P Ramlee lewat filem-filem semisal Bujang Lapok (1957), Nujum Pak Belalang (1959), Tiga Abdul (1964) dan beberapa percubaan oleh Mamat Khalid dalam Man Laksa (2006) mahupun siri Hantu Mak Limahnya di samping Apokalips (2014) yang sayang seribu kali sayang.
Namun, syukur seribu kali syukur – Lelaki Harapan Dunia (2014) dari Liew Seng Tat merupakan sesuatu yang memberahikan di saat ia berjaya menembusi pawagam nasional dengan begitu licik.
Kisah bermula dengan hajat Pak Awang mempersiapkan sebuah rumah kepada anak perempuannya yang bakal berkahwin dengan entah ketahuan suaminya. Lantas, dikumpul berpuluh-puluh orang kampung masuk ke dalam hutan hijau untuk memikul rumah klasik Melayu yang digelar Rumah Amerika lantaran asal rumah itu bercatkan putih persis The White House.
Dimulakan dengan kesepakatan bagai aur dengan tebing, kita ditempelak dengan seribu satu cerita carca-marba hingga penduduk berpecah-belah bagai garuda lewat menyinggah.
BEBERAPA SATIRA
Rumah itu sekadar simbol satira. Rumah itu ialah Malaysia, ya – negara kita, rumah kita.
Sengaja memilih rumah kerana di situlah tempat kita semua bertanah. Malah hari ini, persoalan rumah rata-rata dimaklumi sebagai suatu masalah besar anak-anak muda.
Dalam filem ini dibebelkan secara tidak sedar – hingga memaksa ayah di kampung menyediakan kediaman untuk anak dan pasangannya sekalipun cuma di kampung. Kalau rumah batu-bata baru tidak mampu, rumah lama beranjung berperabung pun jadi.
Untuk memastikan hasrat Pak Awang berjaya, slogan Lelaki Harapan Dunia dicipta untuk dilaung-laung agar orang-orang kampung percaya akan kekuatan diri seraya berganding bahu melaksanakan visi dan misi mereka yang satu. Slogan yang juga judul filem ini sudah cukup mengumpan minda kita betapa positif mesej tersuratnya.
Sebaliknya di hujung cerita, barulah kita mengerti bahawa Lelaki Harapan Dunia sebenar-benarnya merupakan tempelakan pada slogan-slogan Malaysia Boleh yang hidup segan mati tak mahu.
Ia bermula lancar sebagaimana slogan-slogan negara saat bermulanya arus.
Namun, kekarutan dan kebodohan yang dipisahkan garis kabur yang nipis menyebabkan slogan-slogan negara itu hanya tinggal untuk menyedapkan teks-teks ucapan, ungkapan puisi-puisi basi mahupun novel-novel yang tidak laku. Bagi kes filem ini, slogan-slogan itu untuk mengisi ruang-ruang bunyi kompang.
Ia bermula dengan perkara yang entah wujud entah tidak. Beralaskan alasan “saya nampak lembaga hitam” dari seorang kutu dadah, kata-katanya dijulang sembah atas persoalan yang ditimbulkan seorang belia kampung, “macam mana kalau apa dia cakap benar?”
Tiada siapa mahu melawan, tiada siapa mahu soal selidik – semua terus membutakan kepercayaan meskipun hujah-hujah ternyata penuh dengan falasi dan straw man.
Lembu-lembu yang semua hilang, anak-anak dara lebam malah kehilangan unta korban; semuanya dikaitkan dengan teori konspirasi, “Sejak kita angkat rumah itu, macam-macam perkara tidak elok terjadi di kampung kita."
Akhirnya, sesuatu yang bermula dengan kebodohan akan berakhir dengan kegilaan sebagaimana yang ingin Seng Tat tonjolkan. Di akhir, lihatlah apa terjadi pada Pak Awang. Tidak ubah seperti Pak Kaduk yang malang.
Begitulah dengan apa yang berlaku di tanah air tercinta ini. Kita sudah hilang fokus. Asal negara ini untuk menjaga rakyatnya sudah beralih ke arah mengisi angka besar menuju negara maju.
Kita berpadu dari isu ke isu hingga meninggalkan kerja asal. Suara Pak Awang untuk kembali kepada fokus menyelesaikan kerja mengangkat rumah sudah beralih kepada hendak mencari unta yang hilang dan untuk menggaji orang-orang yang mencari.
Sedangkan Tok Penghulu sedari awal tahu, dia sedang berdalih di saat seratus ribu ringgit yang didanai Encik Juta Seri (ahli politik yang diraikan di awal plot) untuk projek korban unta, sembilan puluh empat ribu ringgit disumbat masuk ke dalam poket tanpa sekelumit rasa bersalah.
Ketirisan sebegini sudah berlaku dalam rekod-rekod audit seakan-akan sejak azali di tanah tumpah bertuah ini.
Antara lain yang menarik bagaimana Seng Tat memperagakan watak-watak orang-orang asing seperti tukang kayu Indonesia dan Solomon, warga negro yang menumpang teduh di Rumah Amerika.
Terasa begitu menyucuk ketika Pak Awang seakan terpaksa tawar-menawar ongkos agar berkurangnya kos untuk membaiki rumah dengan tukang kayu Indonesia. Sedangkan rumah Melayu itu bukankah sewajarnya ditukangi orang asal Melayu juga?
Solomon yang sebetulnya hantu itu pula akhirnya diangkat julang agamawan buta menerusi watak Tok Bilal lakonan Jalil Hamid hanya kerana dia mengaku sebagai orang-orang Encik Juta Seri.
Kerana ia keluar dari mulut seorang yang beragama, walaupun tanpa usul periksa – seluruh kampung yang mulanya syak terus menjulang Solomon bagai nak rak.
Akhirnya, Solomon bebas dan tukang kayu Indonesia untung dengan berkantung-kantung cat terjual. Namun, Rumah Amerika tetap tergendala dan seluruh penduduk menghambat orang minyak yang sebetulnya orang mereka sendiri.
Bukankah hal yang sama berlaku di Malaysia? Di saat bukan warganegara yang menguasai ekonomi dan kita pula ralit menyalah-nyalahkan sesama anak-anak ibu pertiwi?
Ini mengingatkan kita kepada “Sajak Kuala Lumpur kepada Raja Abdullah” oleh Zurinah Hassan dalam Salasilah (2005):
anak kita bermain senjata
anak orang bermain mata
kita hancur dibakar sengketa
dagang lalu membina kota.
Plot paling menyengat yang harus diberikan perhatian ketika orang-orang kampung begitu beriya-iya menyambut kedatangan Encik Juta Seri di awal-awal cerita.
Slogan “Selamat Bangsat” dan banyak lagi objek satira harus diperhatikan dengan cermat ketika kalian menontonnya di pawagam bermula Khamis, 27 November nanti.
BEBERAPA ULASAN KRITIKAN
Di akhir filem ini, saya tersenyum sinis ketika membaca beberapa kritikan dari dunia barat terhadap filem ini.
Ada yang berkomentar filem ini mengarut. Ada yang menggelarkan filem ini sebagai projek mengelar hak wanita lantaran tiada watak lakonan perempuan mahupun menindas hak-hak transeksual dan homoseksual kerana ia dijadikan bahan lawak jenaka tidak bersurutan.
Saya kasihan kepada pengkritik-pengkritik ini lantaran mereka sendiri tidak berlaku adil kerana tidak membacanya daripada perspektif sosio-masyarakat Malaysia marcapada.
Secara peribadi, isu transeksualiti dan homoseksualiti hanyalah sekadar subjek tabu yang diangkat oleh Seng Tat bagi menatijahkan bagaimana gilanya masyarakat kita yang menggunakan objek-objek tabu semisal ini (selain agama dan kaum) secara serius yang sebenarnya hanya layak ditertawakan sahaja kerana ia bermula dengan alasan yang tidak pun masuk akal.
Inilah hasil tiadanya budaya selidik-menyelidik yang ikhlas hingga mentragedikan kebobrokan di akhir cerita.
Mendiang Robin Williams ketika melakonkan watak Presiden Dwight D Eisenhower dalam The Butler (2013) pernah mengungkapkan dengan sinis:
"Orang sering berkata satira itu mati. Satira itu tidak mati, ia hidup dan sedang mendiami Rumah Putih ini".
Ya, rumah Amerika dalam filem inilah satira Malaysia bagi tahun ini.
Syabas Lelaki Harapan Dunia! Teruskan bersatira! – 26 November, 2014.
---
ULASAN TAMBAHAN DAN UTARAAN PENDAPAT TENTANG KEKELIRUAN BERKAITAN
Ada beberapa suara dalam dunia sinema tempatan mengkritik filem satira ini sebagai mengherdik orang Melayu secara politikalnya. Dari sudut itu, saya suka mengangkat komentar Saudara @zoulyazix di twitter yang menyebutkan sebagaimana berikut :
Secara tuntas, bagi saya (dan hal ini dipersetujui rakan-rakan seperbincangan) - Melayu dalam konteks Lelaki Harapan Dunia tidak lebih sekadar subjek dekat yang terpilih diangkat daripada ribuan subjek yang lain dalam menzahirkan mesej-mesej yang Seng Tat ingin ketengahkan. Memandangkan ia filem satira bernuansakan komedi gelap, wajarlah filem ini dibaca seuniversal mungkin agar kita berjaya menggarap mesejnya dan bertindak dengan meneruskan yang jernih, membuang terus yang keruh dalam kemudi kita bermasyarakat.
Contohnya, dalam Lelaki Harapan Dunia - kompang digunakan untuk menghalau hantu. Kompang juga digunakan untuk menyambut Encik Juta Seri, lambang politikus dalam masyarakat. Maka, Seng Tat cuba menggambarkan realiti masyarakat kita "di depan memuji, di belakang mengeji" di samping politikus itu sendiri rata-rata bersifat hantu - kekuasaanya dalam mencipta ketakutan yang entahkan wujud entahkan tidak.
Dari titik ini, kita sewajarnya bergerak ke gerabak perubahan. Kepada politikus, berhentilah berperangai seperti hantu. Kepada masyarakat, berhentilah menikus di hadapan politikus sebaliknya luahkan kebenaran jika ada yang tidak kena pada kepimpinan politikus.
Itu yang sewajarnya kita ambil, bukan dengan keliru kita membedil.
Ada juga suara yang ingin memboikot filem ini, lantaran ia dikatakan menonjolkan imejan negatif bagi agama Islam melalui darah korban yang memancut sebagaimana komen berikut :
Sambil menghormati kebebasan bersuara dan meluahkan apa yang penonton rasa, saya mengambil pendirian untuk tidak bersetuju dengan kenyataan ini kerana bacaan ini tersasar daripada mesej subteks filem yang ingin Seng Tat tonjolkan secara keseluruhan.
Bacaan sebegini tidak adil kerana ia membaca filem ini secara terpisah daripada konteks-konteks yang jauh lebih besar daripada apa yang diketengahkan dalam filem.
Adalah zalim jika kita membuat kesimpulan tentang sebuah rumah dengan hanya melihat retak di dapur yang sebenarnya lubang yang sengaja ditebuk agar angin masuk - ibaratnyalah.
Saya telah mengutarakan tafsiran saya tentang adegan berkenaan sebagaimana berikut :
Hujah ini dikemaskan lagi dengan penjelasan daripada Kekanda Fadli Akiti sebagaimana berikut : (Sila baca ulasan beliau yang hebat di sini - KLIK)
Memandangkan filem ini bersifat satira sebagaimana gelar kawan kami di group FB Movie Addict sebagaimana berikut :
maka ia bebas untuk ditafsirkan. Namun, bagi saya ia masih perlu ditafsirkan secara betul dengan mengambil kerangka keseluruhan filem dan kedudukan sesuatu adegan sebelum membuat sebarang kesimpulan.
Antara tafsiran lain bagi adegan darah korban memancut yang turut nikmat untuk diteliti sebagaimana berikut :
Komen yang singkat tetapi padat ini juga menarik :
Dan komentar dari agamawan semisal Fadhilatul Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com) hafizahullahuta'ala wajar diteliti :
Kesimpulannya, untuk menilai sesuatu, kita perlulah menilai keseluruhan bagi sesuatu itu dengan mengambil kira sebanyak mungkin faktor yang berkaitan agar kesimpulan kita di akhir tidak tersasar daripada landasan sebenar.
Ini bertepatan dengan konsep kaedah fiqh dalam Islam -
Saya juga teringat dengan ajaran tariqah Ba'lawiyah daripada jaluran para habaib ulama' berketurunan daripada al-Habib ar-Rasul solla Allahu 'alaihi wa 'ala aalihi wa sohbihi wassalam yang menyebutkan -
Ketika engkau marah, jangan sesekali engkau berkeputusan
---
ULASAN TAMBAHAN DAN UTARAAN PENDAPAT TENTANG KEKELIRUAN BERKAITAN
Ada beberapa suara dalam dunia sinema tempatan mengkritik filem satira ini sebagai mengherdik orang Melayu secara politikalnya. Dari sudut itu, saya suka mengangkat komentar Saudara @zoulyazix di twitter yang menyebutkan sebagaimana berikut :
Secara tuntas, bagi saya (dan hal ini dipersetujui rakan-rakan seperbincangan) - Melayu dalam konteks Lelaki Harapan Dunia tidak lebih sekadar subjek dekat yang terpilih diangkat daripada ribuan subjek yang lain dalam menzahirkan mesej-mesej yang Seng Tat ingin ketengahkan. Memandangkan ia filem satira bernuansakan komedi gelap, wajarlah filem ini dibaca seuniversal mungkin agar kita berjaya menggarap mesejnya dan bertindak dengan meneruskan yang jernih, membuang terus yang keruh dalam kemudi kita bermasyarakat.
Contohnya, dalam Lelaki Harapan Dunia - kompang digunakan untuk menghalau hantu. Kompang juga digunakan untuk menyambut Encik Juta Seri, lambang politikus dalam masyarakat. Maka, Seng Tat cuba menggambarkan realiti masyarakat kita "di depan memuji, di belakang mengeji" di samping politikus itu sendiri rata-rata bersifat hantu - kekuasaanya dalam mencipta ketakutan yang entahkan wujud entahkan tidak.
Dari titik ini, kita sewajarnya bergerak ke gerabak perubahan. Kepada politikus, berhentilah berperangai seperti hantu. Kepada masyarakat, berhentilah menikus di hadapan politikus sebaliknya luahkan kebenaran jika ada yang tidak kena pada kepimpinan politikus.
Itu yang sewajarnya kita ambil, bukan dengan keliru kita membedil.
Ada juga suara yang ingin memboikot filem ini, lantaran ia dikatakan menonjolkan imejan negatif bagi agama Islam melalui darah korban yang memancut sebagaimana komen berikut :
Bacaan sebegini tidak adil kerana ia membaca filem ini secara terpisah daripada konteks-konteks yang jauh lebih besar daripada apa yang diketengahkan dalam filem.
Adalah zalim jika kita membuat kesimpulan tentang sebuah rumah dengan hanya melihat retak di dapur yang sebenarnya lubang yang sengaja ditebuk agar angin masuk - ibaratnyalah.
Saya telah mengutarakan tafsiran saya tentang adegan berkenaan sebagaimana berikut :
Memandangkan filem ini bersifat satira sebagaimana gelar kawan kami di group FB Movie Addict sebagaimana berikut :
maka ia bebas untuk ditafsirkan. Namun, bagi saya ia masih perlu ditafsirkan secara betul dengan mengambil kerangka keseluruhan filem dan kedudukan sesuatu adegan sebelum membuat sebarang kesimpulan.
Antara tafsiran lain bagi adegan darah korban memancut yang turut nikmat untuk diteliti sebagaimana berikut :
Dan komentar dari agamawan semisal Fadhilatul Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com) hafizahullahuta'ala wajar diteliti :
Ini bertepatan dengan konsep kaedah fiqh dalam Islam -
“Al-hukmu 'ala syaain far'un 'an tasawwurihi”
Hukum ke atas sesuatu adalah berdasarkan
gambaran penuh akan sesuatu itu.
Saya juga teringat dengan ajaran tariqah Ba'lawiyah daripada jaluran para habaib ulama' berketurunan daripada al-Habib ar-Rasul solla Allahu 'alaihi wa 'ala aalihi wa sohbihi wassalam yang menyebutkan -
Ketika engkau marah, jangan sesekali engkau berkeputusan
(dengan membuat kesimpulan).
Kerana marah ialah jalan paling cepat syaitan
masuk ke dalam dirimu untuk menyesatkan.
Apapun, ketika kita berhujah dalam apa jua arena, hormat-menghormati perlulah dijaga. Dan meminta maaf atas segala kecelaruan dan kekeliruan yang mungkin ditimbulkan adalah sesuatu yang amat terpuji dan wajar dipuji sepanjang zaman. Wallahu'alam.
Assalamualaikum
ReplyDelete'Kalau bagi 10 orang penonton punya review, 10 jenis versi dan angle lah dapat'.
Usaha anda menilai sendiri dan mengumpul review dari pelbagai golongan amatlah dihargai. Versi mana pun, kalau bermanfaat apa salahnya. Terima kasih.
Waalaikumussalam WBT
DeleteAlhamdulillah, terima kasih wa jazakumullahukhairankasira kerana ziarah dan singgah ke sini :)
Moga bermanfaat insyaAllah
Artikel yang menarik... Boleh saya berbagi wawancara dengan Akira Kurosawa (imajiner) di http://stenote-berkata.blogspot.com/2018/04/wawancara-dengan-akira.html
ReplyDeleteTerima Kasih! :)
Delete