Tuesday, May 8, 2012

Kenapa Ana, Anti, Antum? Poyo ar!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ini teori ana. Boleh buang, boleh terima dengan tenang. (=

Bahasa Arab.

Bukan bahasa biasa. Bahasa syurga. Bahasa Al-Qur'an.

Wasiat As-Syahid Al-Imam Hassan Al-Banna Rahimahullah antaranya dalam 10 wasiat beliau menyatakan bahawa gunakanlah bahasa Arab fushah. 


Kesungguhan rakan-rakan ikhwah baik akhawat mahupun ikhwan daripada rantau Nusantara cuba mempraktikkan penggunaan bahasa Arab fushah mencorakkan senario panggilan ana-anti-antum ini. 

Bagi mereka yang memerlukan Bahasa Arab yang merupakan bahasa syurga dalam meneguk ilmu pengajian mereka, menggunakan Bahasa Arab fushah adalah suatu keterpujiaan sekaligus memegang wasiat As-Syahid Al-Imam.

Namun, melihatkan bukan setakat ikhwah baik akhawat mahupun ikhwan daripada pengajian ilmu-ilmu syaariatullah Islamiyyah sahaja terpengaruh oleh wasiat As-Syahid Al-Imam; malah ikhwah baik akhawat mahupun ikhwan daripada pengajian ilmu-ilmu sunnatullah seperti Abang Hanif kita dalam bidang Nanotechnology Engineering ataupun Kak Salwa kita dalam bidang Taxation juga terpengaruh dengan idea As-Syahid Al-Imam, maka penggunaan Bahasa Arab fushah adalah terlalu terbatas memandangkan Bahasa Arab itu sendiripun tidak menjadi suatu kemestian dalam pengajian kami. 

Maka, mengambil kaedah fiqh, kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua; setidak-tidaknya penggunaan ana, anti dan antum itu adalah cara kita meraikan wasiat daripada As-Syahid Al-Imam dengan memegang kefahaman Bahasa Arab adalah syiar.

Apapun, penggunakan I, You, Awak, Saya, Hang, Aku, Ko, Lu, Gua bukanlah suatu dosa asalkan kena dengan adabnya, sesuai dengan akhlaknya (=

Wallahu'alam

سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم

سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

No comments:

Post a Comment

Sebarkan Manfaatnya! :)