Tuesday, May 8, 2012

Muslim Malaysian or Malaysian Muslim?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Rakan saya, Akhuna Afiq telah bertanyakan pendapat kami berkenaan sesuatu :

Assalamualaikum~
Saya ada isu yang nak dibincangkan..agak2 la kan, mana satu yang lagi tepat menggambarkan diri kita..ataupun jika ditanya oleh orang lain..kita ni Muslim Malaysian ke atau Malaysian Muslim? :D

Ini respon saya :

Saya suka memberikan pandangan berdasarkan perspektif lughah yakni bahasa. Apa yang Akhuna Afiq timbulkan adalah isu berkenaan adjective noun di dalam Bahasa Inggeris atau disebut juga dengan konsep mausuf-sifat dalam Bahasa Arab atau konsep kata sifat dalam Bahasa Melayu.

Di dalam konsep bahasa, apa yang disifatkan selalunya apabila ditukarkan ke dalam ayat penyata, ia merupakan subjek. Manakala, sifat yang diletakkan apabila ditukarkan ke dalam ayat penyata adalah merupakan predikat.  

Subjek adalah perkara pertama yang menjadikan sesuatu ayat itu terbina [Mubtada' dalam Bahasa Arab]. Sebaliknya, predikat adalah merupakan berita yang ingin disampaikan setelah subjek itu terbina [Khabar dalam Bahasa Arab]. 

Di sini, kita mendapat kefahaman bahawa subjek adalah lebih utama berbanding predikat. Kerana tanpa subjek, wujudnya predikat tidak membawa apa-apa makna. Sebaliknya, subjek jika ada tanpa predikat, ia masih berguna kepada telinga mendengarnya.


Contoh :

Jemaah besar. (Yang boleh dibaca dengan Jemaah [adalah] besar)

Jemaah adalah apa yang disifatkan. Dan jika kita ubahnya dalam bentuk ayat penyata - maka Jemaah itu adalah subjek.

Besar adalah kata sifat kepada Jemaah. Dan jika kita ubahnya dalam bentuk ayat penyata - maka Besar itu adalah predikat.

Bayangkan, kalau tiada subjek - perkataan besar tidak memberi apa-apa makna. 
Sebaliknya, kalau tiada predikat - perkataan jemaah masih memberikan makna sesuatu.

Ini sekaligus membuktikan bahawa, apa yang disifatkan atau subjek ADALAH LEBIH UTAMA DARI SUDUT PRIORITI PENEGASAN HAKIKAT SESUATU PERKARA berbanding kata sifat atau predikat.

Maka - Muslim Malaysian atau Malaysian Muslim? Sudah pasti, apabila kita membandingkan Muslim VS Malaysian - maka yang akan diletakkan di atas adalah Muslim dan Malaysian sebagai yang kedua.

Konsep Bahasa Inggeris berbeza dengan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab di mana kata sifat akan didahulukan berbanding apa yang disifatkan. Justeru, Malaysian sebagai kata sifat, hadir dahulu sebelum Muslim, memandangkan itu adalah bentuk [kata sifat + apa yang disifatkan] dibina dalam kerangka Bahasa Inggeris.

Justeru - bagi saya, yang lebih tepat jika mengambil teori bahasa di atas - Malaysian Muslim lebih sesuai kerana tanpa Muslim, Malaysian tak membawa apa erti sedangkan Muslim boleh berdiri dengan sendirinya tanpa memerlukan Malaysian - bukan setakat dari sudut Bahasa tetapi juga itulah HAKIKAT yang NYATA 

:)

Seorang sahabat menambah, "Prof Tariq Ramadan pun cakap, 'I'm an European Muslim' instead of Muslim European"


:)

From left to right :

A Filipino Muslim, A Malaysian Muslim,
An Indian-Bangladeshi Muslim, A Chinese Muslim,
An Indonesian Muslim, An Australian Muslim, A Somali Muslim -
were discussing about Islam together :)

Suasana dengan Kelas Zawiyya Sulukiyya, Melbourne 
tatkala menantikan kehadiran Syeikhuna Hafez Hafizahullah :)

Islam Dignifies Muslim regardless from where you are coming :)

Wallahu'alam

سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم

سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

No comments:

Post a Comment

Sebarkan Manfaatnya! :)