Saturday, December 31, 2016

Sekilas Himpunan Tafsiran Sajak Pendek Sapardi Yang Berhantu

 

TAFSIRAN PERTAMA

Yang paling terkesan bila ada menafsirkan - beginilah sikap manusia, menyuruh Tuhan menunggunya sedangkan dia bertangguh-tangguh melaksanakan perintahNya. Kelakunya seperti memenuhi arahan boss, berbeza dengan perilaku hamba yang menganggap Tuhan sebagai kekasih. Bagi para pecinta Tuhan, mereka akan membaca begini –

Tuan Kekasihku. Sebelum seruan,
saya sudah di perbarisan.

Seperti solat. Pecinta Tuhan mendahulukan azan. Sedangkan mereka yang menganggap Tuhan seperti boss, akan beralasan - eh, azan belum lagi, kan? Apa perlu bersedia untuk bersolat. Begitulah. Salah satu tafsiran yg saya belajar yang amat menggugah.

TAFSIRAN KEDUA

Ada juga yang menanggapi puisi ini seperti paradoks utk orang yang mengenali Tuhan tetapi juga ingin menghindariNya.

"Sedang keluar" seakan-akan beralasan untuk benar-benar keluar mendapatkan "Tuhan yang dikenali" lantaran ada sesuatu yang ditakutinya semisal Tuhan ya, pemberi bahagia dalam masa yang sama bisa mencabut nyawanya.

Ia seakan-akan sikap golongan muzabzabin yang antara mahu dan tidak akan Tuhan. Semisal Tuhan itu seperti ceti yang datang ke rumah meminta hutang darinya.

Nauzubillah!

TAFSIRAN KETIGA

Ada juga yang membalikkan puisi ini semacam kata-kata insan di hujung alam roh yang awal.

Tuan, Tuhan bukan?
Alastu birabbikum? Balaa syahidna. (Al-Quran) "Bukankah aku Tuhan, kalian? Bahkan, kami bersaksi."

Tunggu sebentar, saya sedang keluar (menuju ke alam dunia yang fana' lantaran sebentar).

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Sebarkan Manfaatnya! :)